Wednesday, October 14, 2009

Dari shahdunya azan subuh - II

Aku terlalu gembira dan bersyukur kerana abang juga telah mendapat tarbiyah dari Allah swt. Aku memang paling rapat ngan abang dan seumur hidupku hadiah yang paling bermakna yang pernah abang berikan ialah purdah/hijab yang dibelinya di sri petaling lepas tangguh dari 40hr hari tu. Dia pun gembira dengan perubahan ku kerana sebelum abang pulang aku telahpun mematuhi perintah berhijab yang diwahyukan dari Allah swt dalam surah Al-Ahzab ayat 59 dan surah An-Nur ayat 30 dan 31. Abang cuba mencari isteri2 karkun di kawasan ni untuk aku belajar tentang agama tetapi hampa kerana tak ramai karkun di sini yang dah berkahwin. kebanyakkan masih muda dan yang dah kahwin pula isterinya tidak suka pergi taklim masturat. Ya Allah swt, bukakanlah pintu hati isteri karkun itu. Tetapi aku tidak putus asa, aku cuba amalkan yang wajib dan yang sunat. Abang cakap takper tahu skit tapi terusan beramal dari belajar tetapi tidak langsung mengamalkannya. So, aku banyak habiskan masa ikram wat kejer umah bantu ibuku yang masih bekerja. masa yang terluang aku isi dengan membaca Al-Quran serta tafsirnya,baca hadith juga dan jadi keseronokan buatku.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt,dengan limpah kurniaNya hidupku kini lebih tenang apabila aku banyak sibukkan diri dengan beribadat. Ya Allah swt, kekalkanlah aku di dalam amal ibadatku ini ya Allah dan kurniakanlah kami Taufiq dan HidayahMu.Amin ya Rabalalamin......
dan aku tetap akan bermohon kepada Allah swt supaya aku juga dipilih untuk meneruskan usaha agama ni. Hati ni berkobar2 sangat nak kuar masturat tapi Allah swt maha mengetahui apa yang ditakdirkan untuk hambanya.Mungkin belum tiba masanya lagi tapi aku tetap berdoa dan yakin pada Allah swt dan tidak sesekali mengharap Makhluk. Semoga Allah swt memakbulkan doaku suatu hari nanti untuk keluar masturat bersama muslimah yang lain dan sentiasa berkata tentang kebesaranNya.Amin ya Rabbalalamin...........



p/s : watak 'aku' dalam coretan ini dirahsiakan kerana beliau berniat untuk mencoretkan coretan ini sebagai iktibar dan bukti Allah swt yang maha berkuasa,makhluk takder kuasa. Beliau juga banyak memberi semangat pada saya. Semoga Allah swt memberkatimu.Amin....

Monday, October 12, 2009

Dari shahdunya azan subuh - I

coretan yang tertera ini sekadar iktibar dan dengan izin Allah swt sahaja maka tercoret lah coretan ini. Pada suatu ketika dulu, aku tidak pernah mengambil berat soal agama apatah lagi mengambil tahu akan apa2 pun tentang agama. Jangankan solat.telekung pun belum tentu ada dalam almariku. Aku tidak boleh terusan menyalahkan keluarga yang tidak menitik beratkan soal agama kerana sudah sampai waktu baligh,aku cukup mampu memikirkannya tapi aku tidak mempedulikannya. dari segi akedemik mmg aku tidak nafikan perjalanannya mudah sekali sehingga aku keluar sebagai seorang graduan. Kehidupan di dalam kejahilan semakin memuncak bila aku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur utk mencari kerja bersama member sekampus. Kehidupan yang begitu mengasyikkan ketika itu sewaktu kejahilanku sedangkan jijik di sisi Allah swt.

Dunia yang hanya pinjaman ini dikatakan syurga kerana telah terpedaya dengan tipu helah syaitan. Siangku ku penuhi dengan bekerja sebagai marketing executive dan bila watu pulang..biasa ar lepak ngan budak2 ofis kat kedai mamak tanpa segan silu dari sebelum magrib hingga ke isyak...klu ada planning pada waktu malam baru balik awal. kebiasannya malam ku hiasi dunia dengan dunia syaitan iaitu 'clubbing' if bosan atau nak selebrate something...dari aku jijik sampai aku sendiri telan air kencing syaitan tu dek kerana kejahilan sendiri. Aku juga tidak pernah mengerti apa itu aurat...lagi litup aku pakai semakin tu aku rasa tak selesa. Subhanallah jahilnya aku ketika itu.

Sampai pada suatu ketika, dengan kekuasaan Allah swt hidup ku menjadi terlalu kusut, terumbang ambing dalam sekelip mata kerana pelbagai masalah yang timbul tapi 'rakan-rakanku' yakni syaitan tetap akan terus menyesatkanku.member2 cakap tak seronok g clubbing klu aku tak ader,so dorang support. pada malam tu lah aku 1st minum arak..dalam keadaan ntah ape2 tu kitorang gerak balik...semua budak2 ni dah tidur ngan bf masing2 tinggal aku ngan shasha jer kat ruang tamu sebab aku ngan shasha jer yang tader bf dalam geng tu tapi aku juga bersyukur sebab aku tak ske lesbian ni.Shasha dah overdose so dia tido ngan nyenyaknyer. aku pun heran kenapa aku sorang yang tak leh tido time tu. Sampai satu saat aku terdengar azan subuh yang tak pernah aku dengar kat kawasan tu sebelum ni,tetiba air mata aku jatuh mencurah2 sampai basah baju aku dek kerana terdengar azan subuh tu. Aku seperti tersedar dari tidor yang mempunyai mimpi ngeri. Waktu tu apa yang ada dalam pemikiran aku ni seperti aku sedang di hisab dan dipertontonkan segala dosa yang telah aku buat dari dulu sehingga saat aku balik dari clubbing tadi. Ya Allah, betapa takutnya aku ketika tu sehingga aku menggigil dan air mata ni mencurah2 kerana aku seolah2 malu dengan apa yang telah aku buat. DARI SHAHDUNYA KEDENGARAN AZAN SUBUH itulah aku segera mandi menyucikan diri dan hati yang gelap ini sahaya aku berwudu' setelah kian lama jiwa aku kotor. aku ambil sejadah dan telekong sahabatku lalu aku mahu bersolat. sekali lagi air mata aku mencurah2 tak berhenti mengalir kerana aku tak ingat satu pun apa yang perlu aku baca untuk aku bersolat. Terduduk di atas sejadah lalu ku mengucapkan dua kalimah syahadah. Allah swt maha berkuasa dan aku bersolat seperti biasa seperti ingatanku pulih kembali. Seminggu kemudian aku menjadi pendiam, yang ada dalam pemikiran hanya kekesalan dan dosa yg aku lakukan. Member ajak aku keluar lepak or g clubbing tak ku hiraukan. Syaitan benci dengan org yang mahu kembali ke jalan Allah swt. Rakan2 semua memulaukanku. Keesokannya aku mengambil keputusan dan terus blah dari dunIA tu dan balik ke pangkuan kelurga.

kini....disaat aku mendapat tarbiyah serta hidayah dari Allah swt ini aku bersendirian kerana keluargaku yang sememangnya dari dulu tak pernah habis dengan krisis. Tetapi Allah swt melindungiku...aku banyak belajar tentang agama seperti solat dan amal2 yang lain dari abang kandungku sendiri. Allhamdulillah Allah swt juga telah memberi tarbiyah dan hidayahNya kepada abang yang dulu hidupnya seperti aku. Abang baru balik dari kuar 40hr di terengganu selepas istima' di nilai.......