Monday, June 28, 2010

Sajak Buat Bakal Suami.....

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,


tak semestinya manusia cinta kepada kita,


Tapi sekiranya,


kita cinta kepada Allah SWT,


nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.






sekiranya,


kita cinta kepada manusia,


kita akan cemburu pada orang yang mencintai


orang yang kita cintai,


Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah swt,


nescaya kita akan turut mencintai orang yang


melabuhkan cintanya kepada Allah juga.






Ya Allah,


Andainya dia adalah jodoh


yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,


Maka,


Campakkanlah ke dalam hatiku,


Cinta kepadanya adalah kerana-Mu,


Dan campakkanlah ke dalam hatinya,


Cinta kepadaku adalah kerana-Mu.






Namun,


Andainya dia bukanlah jodoh yang


ditetapkan oleh-Mu kepadaku,


Berikanlah aku kekuatan agar pasrah


dalam mengharungi ujian,


yang Kau berikan kepadaku.....





AMINAH QUTB



(Beliau merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal SYED QUTB yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya)