Wednesday, October 14, 2009

Dari shahdunya azan subuh - II

Aku terlalu gembira dan bersyukur kerana abang juga telah mendapat tarbiyah dari Allah swt. Aku memang paling rapat ngan abang dan seumur hidupku hadiah yang paling bermakna yang pernah abang berikan ialah purdah/hijab yang dibelinya di sri petaling lepas tangguh dari 40hr hari tu. Dia pun gembira dengan perubahan ku kerana sebelum abang pulang aku telahpun mematuhi perintah berhijab yang diwahyukan dari Allah swt dalam surah Al-Ahzab ayat 59 dan surah An-Nur ayat 30 dan 31. Abang cuba mencari isteri2 karkun di kawasan ni untuk aku belajar tentang agama tetapi hampa kerana tak ramai karkun di sini yang dah berkahwin. kebanyakkan masih muda dan yang dah kahwin pula isterinya tidak suka pergi taklim masturat. Ya Allah swt, bukakanlah pintu hati isteri karkun itu. Tetapi aku tidak putus asa, aku cuba amalkan yang wajib dan yang sunat. Abang cakap takper tahu skit tapi terusan beramal dari belajar tetapi tidak langsung mengamalkannya. So, aku banyak habiskan masa ikram wat kejer umah bantu ibuku yang masih bekerja. masa yang terluang aku isi dengan membaca Al-Quran serta tafsirnya,baca hadith juga dan jadi keseronokan buatku.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt,dengan limpah kurniaNya hidupku kini lebih tenang apabila aku banyak sibukkan diri dengan beribadat. Ya Allah swt, kekalkanlah aku di dalam amal ibadatku ini ya Allah dan kurniakanlah kami Taufiq dan HidayahMu.Amin ya Rabalalamin......
dan aku tetap akan bermohon kepada Allah swt supaya aku juga dipilih untuk meneruskan usaha agama ni. Hati ni berkobar2 sangat nak kuar masturat tapi Allah swt maha mengetahui apa yang ditakdirkan untuk hambanya.Mungkin belum tiba masanya lagi tapi aku tetap berdoa dan yakin pada Allah swt dan tidak sesekali mengharap Makhluk. Semoga Allah swt memakbulkan doaku suatu hari nanti untuk keluar masturat bersama muslimah yang lain dan sentiasa berkata tentang kebesaranNya.Amin ya Rabbalalamin...........



p/s : watak 'aku' dalam coretan ini dirahsiakan kerana beliau berniat untuk mencoretkan coretan ini sebagai iktibar dan bukti Allah swt yang maha berkuasa,makhluk takder kuasa. Beliau juga banyak memberi semangat pada saya. Semoga Allah swt memberkatimu.Amin....

10 comments:

  1. aslm, salam ziarah, jzklh sudi jd follower ummi.

    ReplyDelete
  2. waalaikummussalam ummi...
    Diharapkan Nur dapat diberi peluang untuk menimba ilmu dari ummi dengan izin Allah swt juga kita bertemu.

    ReplyDelete
  3. salam ziarah....hidayah di tangan-Nya...

    ReplyDelete
  4. tahniah pada watak 'aku' kerana Allah anugerahkan benda yg saNgat mahal iaitu HIDAYAH...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..benar apa yang kamu katakan syukri. Allah swt maha berkuasa, mahkluk xder kuasa. Semoga Allah swt merahmatimu...amin.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum wrt wbt ...

    Salam ziarah, salam ukhwah. Semoga Allah swt menjadikan agama sebagai maksud hidup kita, Insya-Allah :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Nur,
    salam ukkhuwah...
    boleh ye kita berkenalan.
    Semoga Allah swt tetap memilih kita utk buat usaha agama.. :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Nur...

    Moga terus istiqomah & tetapkn hti atas HIDAYAH yg telah Allah Taala berikan..

    Jazakillah khir ziarah blog akak...insyaAllah takde sawang kat blog ni spt yg Nur kata kat dlm blog akak.. Dan knape Nur tak tinggalkn link kat situ?
    Smoga ukhwah kita brpnjngan...Sama2 kita doakan spya Allah sibukkan diri kita dgn usaha agama yg mulia ini. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  9. masyaallah.. moga kita2 same dpt hidayah

    ReplyDelete