Saturday, December 4, 2010

Doakan buat "dia" sahabat.............

Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya besarnya pahala adalah bergantung dengan besarnya ujian atau penderitaan.Dan sesungguhnya apabila Allah swt mengasihi sesuatu kaum,Dia akan menguji mereka (dengan penderitaan). Oleh sebab itu,barangsiapa yang redha akan ujian Allah swt,maka Allah swt juga akan meredhainya.Dan barangsiapa yang tidak redha,maka Allah juga tidak meredhainya. (H.R Tarmizi)
                Hujan rintik-rintik kat luar…sejuk betul udara hari ni,Subhanallah Maha suci Allah, Tidaklah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia….nyaman tgk air hujan menitis atas permukaan daun. Seperti menitisnya airmata ni tiap waktu fikir risau….dalam waktu yg sama mencari redha Illahi. Pekerjaan ku hanya mampu menangis seperti seorang janda yang kematian suaminya…setiap hari mohon Ya Allah,bimbingilah aku,berikanlah taufiq dan hidayahMu untuk ku harungi ujian ini demi mencari redhaMu.Yakinkan diri Allah swt berikan ujian dan penderitaan untuk naikkan darjat, untuk muliakan seorang hamba yang hina dan fakir ini….bukan mulia di dunia,hanya ingin menjadi hamba yg dikasihi oleh RabbNya….jalan yg dia lalui sempit sangat….banyak sangat duri,tapi hakikatnya dia tahu jalan yang dia pilih ni akan berakhir dengan kebahagiaan yang abadi kat hujung jalan sana…walaupun sekarang dia rasa jalan yang dilaluinya berseorangan….terasa semua org jauh,semua orang tak faham dan tak nak faham atau mungkin mereka tak mengetahuinya. Dia tahu jalan yg dia pilih akan tempuh semua ni, tapi dia tetap nak ikut jalan ni….semoga Allah swt berikan taufiq dan kekalkan hidayah dalam dirinya…..
                Assalamualaikum wbt,korang apa khabar? Dngan harapan kawan2 dia gembira bila dia datang ziarah sambil nak ambik barang kat umah sewa dulu waktu dia masih bekerja…..erm,aku ada benda nak bagitau kau ni,lepas kau ambik barang2 kau ni,aku taknak ko datang sini dah,aku taknak kau hasut dan dakwah2 kitaorang!!!!! Kitaorg tak suka!!!! Rasa mcm orng tusuk pisau kat hati masa tu tapi dia tahu ujiannya baru bermula…banyak cerita buruk tentangnya yang dia dengar dari kawan2 yang lain… tapi dia tahu ujian baru bermula bila dia pilih jalan ni. Dia kene siapkan diri lalui yang lebih lagi dari ni…. Ya Allah, ampunkahlah mereka,mereka tak tahu….
                Berapa bulan khidmat keluarga kat umah,jaga atuk yang sakit di kampung….dengan harapan semoga Allah swt berikan hidayah pada mereka…dia tahu dia hamba yang fakir lagi hina, tak ada kuasa. Hanya allah swt yang berkuasa,dia hanya mampu buat kerja jer….yang bagi semua dari Allah swt. Sampai masanya ada yang ingin mengambilnya sebagai isteri. Dia besyukur, banyak benda yang Allah swt bantu….sebelum kembali ke pangkal jalan dulu, org yang menghampirinya hanyalah untuk dunia semata,dan kearah kehancuran….bila dia kembali mendekatkan diri pada Rabbnya…..Allah swt hantar seorang yang dapat membimbingnya…..Insya’Allah. semua atas izin Allah swt. Sebagai anak perempuan kepada keluarga ‘adat’ tak ada hak untuk tentukan atau cakap apa2. Hanya orng2 tua yang akan tentukan hantaran dan segalanya. Dia yakin Allah swt dah tulis 500,000 tahun dulu dah….dan niat dia ingin diijabkabul kerana perintah Allah swt,bukanlah nafsu tapi fitrah yang Allah swt kurniakan pada makhluknya yang bernama manusia….Kami nak 8000 lah ikut ‘harga’ sekarang!!! Ya Allah,rasa macam hati ni sekeping kertas yang kena renyuk….sebab diri dia tahu yang dia tak layak untuk hantaran 8000 tu…dia tahu siapa dia sebelum ni,dan lelaki yg Allah swt hantar adalah untuk mengamalkan sunnah dan menyelamatkan dia….satu beban telah diletakkan pada lelaki. Awak anak perempuan,awak takde hak nak cakap apa2,kitarog org tua tahulah nak buat macammana….kitaorg yang penat2 besarkan awak takkanlah senang2 jer nak buat macamtu!! Awak fikirlah sikit awak tu ramai saudara-mara, mak ayah awak ramai kawan2, awak tak malu ker nak kahwin cara sederhana macam tu??? Kitaorg tak nak awak kahwin macam tu kitaorg yang nak kena tahan malu bila org bercakap2 pasal awak!!! Dia dikelilingi oleh 7 org nasab keturunanya yang dah berusia kerana tidak setuju dengan syornya yang hendak melaksanakan akad nikah dan walimatulurus secara sederhana,akad nikah dan kenduri makan mengikut kemampuan….tidak ada majlis potong kek mahupun bersanding. Sungguh dia taknak melaksanakan sesuatu yang mulia dengn cara sebegitu. Tiba-tiba seorang dari nasab keturunanya berkata “tak payahlah nak ikut2 sunnah sangatnya,kita bukan hidup zaman Nabi” Astargfirullah…..dia berisghtifar panjang dan dalam hatinya supaya Allah swt memberinya kekuatan untuk berhadapan dengan mereka yang tak tahu ni. Ampunkanlah mereka Ya Allah,ampunkanlah mereka….dia tunduk mendengar setiap bait kata-kata mereka. Dalam hatinya menangis risau akan keluarganya….tidak satu perkataan pun keluar dari mulut dia untuk melawan org2 tua nasab keturunannya. Isghtifar yang dapat menguatkannya tetap berhadapan dengan mereka….kitaorg memang nak letak hantaran tinggi biar org2 tabligh ni tahu dunia ni pun penting jugak!!! Sebenarnya kitaorg tak suka awak pilih jalan hidup macam ni, awak saje nak menggelapkan masa depan awak sendiri,blajar tinggi2 pastu pilih jalan hidup macam ni….awak suka ker berkelubung macam ni? Duduk jer kat dalam rumah,suami kuar ntah kemana lama2 awak bodoh duduk kat umah tertonggeng2 uruskan anak….nak makan apa?? Tgk org tabligh kat kg ni…. Kejer pun hanya dapat tampung keperluan,tak pernahlah rasa nak hidup senang,bini terperuk bodoh jer kat dalam rumah laki ntah kemana2….kalau mak ayah awak setuju jugak bagi awak kat org macam ni bodohlah dorang… awak yang cari susah nanti lama2 nyusahkan kitaorg balik….dah2 la tu,bukaklah purdah macam org gila ni..pegilah cari kejer banggakan keluarga. Tgk sepupu awak semua kejer bagus2,dapat pakai kereta sendiri…..!!!!!!
                Dia hanya menangis dan merintih pada Rabbnya,syaitan akan gunakan apa2 sahaja untuk lemahkan dia,walaupun keluarganya sendiri. Beginilah keadaan bila dunia di agungkan walau anak2 nya tidak langsung menjalani kehidupan islam yang sempurna….keimanannya seakan dicabar,Dia redha jika mereka tak benarkan dia berkahwin tapi ketakutan dia pada Allah swt dan cinta dia terhadap Rasullullah melebihi takut dan cinta pada keluarganya sendiri…mereka beri pilihan sama ada jangan pilih jalan hidup macam ni ataupun jgn harap kitaorg nak uruskan perkahwinan awak,kitaorg akan halang!!!! Dia yakin allah swt sahaja yg berkuasa,hati2 mereka juga dalam genggaman allah swt. Keesokannya,tiada kata putus yg diberi,dia tetap memilih jalan hidup yang dia pilih…keluarga cakap,kalau awak pilih jugak jalan hidup ni awak buatlah hal awak sendiri,pergi dari sini,jangan harap kitaorg nak bantu….mula dari itu dia niat berhijrah untuk islah diri,demi Allah,takde langsung walau setitik rasa benci pada kelurganya. Walaupun keluarganya malu pada dia di dunia ini,dia berdoa agar dia dapat membanggakan keluarganya di akhirat kelak dengan izin Allah swt…langkah dengan penuh hiba. Allah swt tdk membiarkan dia keseorangan,ada jer nusrah dari allah swt.
                Kini dia tinggal bersama seorang tua yang dipanggil nenek yang dikenalinya sebulan dulu sewaktu hidmat nenek tua itu hantarkan pulang dari pasar kerana dia tak sanggup tgk nenek tua itu bawak bakul berat2 naik bus dan terpaksa jalan kaki 1km lagi nak sampai kerumahnya dari tempat turun bas. Hebat allah swt,ada hikmahnya…dulu nenek masa muda2 bukak kedai jahit tapi skarang dah tua,mata dah tak nampak nak menjahit. Mesin jahit elok lagi,awak blajar menjahit dengan nenek. Walaupun keluarga dah tak nak ambik tahu,dia tetap tawajjuh pada Allah swt. Walaupun keluarga tak bagi langsung nafkah,tiap bulan ada jer yg datang bantu, hanya abang kandung yang juga buat usaha agama yang sentiasa mengambil tahu hal ehwal….skarang ni Alhamdulillah dia dah pandai buat jubah,kurta,jilbab dan purdah….kalau ada kawan2 abang yang nak jahit jubah atau kurta, abang hantarlah ke rumah untuk dia jahit. Alhamdulillah,satu lagi nusrah dari allah swt. Dia memang bercita2 sangat nak mahir dalam jahit pakaian sunnah. Niat dia betul2 nak masyarakat senang untuk amalkan sunnah selain cari keperluan hidup. Abang cakap beli kurta siap mahal,ramai kawan2 nak amal sunnah tapi tak mampu….dari situlah jitu niat dia nak mahir jahit pakaian sunnah.
                Seminggu sekali dia balik rumah keluarga untuk tetap ziarah dan buat hubungan,khidmat dengan akhlak yg baik walaupun keluarga tak bercakap walau sepatah,hanya dengar sindiran. Dia redha,dia yakin dengan cara Rasulullah SAW yakni khidmat dan akhlak yg baik Insya’Allah suatu hari keluarga dapat terima….semoga Allah swt berikan taufiq dan hidayahNya.
                Selama dia berhijrah,Alhamdulillah ada jugak ahliah2 karkun datang ziarah….bukan apa2 yang dia harapkan tapi kedatangan mereka betul2 rasa macam keluarga yang datang ziarah. Gembira, syukur Allah swt tak biarkan dia keseorangan….setiap kali syaitan cuba nak tipu dia,dia pasti akan ingat mujahaddah Rasulullah SAW dan para sahabat dalam buat usaha agama…Insya’allah semoga Allah swt berikan taufiq dan hidayahNya untuk dia lalui ujian ini. Semoga Allah swt bimbing dia untuk terus memperbaiki amal supaya lebih baik dan islah diri….sepupu dia cakap kau janganlah bekeras sangat, ikut jerlah apa org tua nak,kau pilih jalan hidup macam ni memanglah susah!!! Mereka tak tahu kehidupan keluarga dia macam mana. Begitu jauh….begitu jauh dengan rahmat Allah swt. Rumah tangga yang bergelora dan islam hanya pada nama. Jika dia tak nak mujahaddah dan buat usaha ni,siapa lagi yang nak fikir risau ttg keluarganya. Itulah yang dia dan abangnya sering katakan pada diri. Abang janganlah risau,Insya’Allah Allah ada. Allah swt nak tarbiyah saya untuk mujahaddah. Saya yakin ada jodoh saya dengan kawan abang adalah…..abang risau sebab awak perempuan,abang tahu fitrah awak. Sekurangnya bila awak dah bersuami abang lega tapi dalam masa yang sama kita tak mampu nak lawan kelurga.kita bukan nak lawan mereka,kita ikramlah mereka moga2 mereka terbuka hati,sebab mereka wali awak. Dia hanya lemparkan senyuman,orang lain akan nampak dia dalam kesusahan tapi hanya dia dan Rabbnya tahu yang dia dapat ketenangan dan kebahagiaan….walaupun blajar hanya makan sekali sehari,dia suka sebab nenek tu pun kadang2 ikram jugak dia bila dia puasa sunat….sama2 duduk dengar dia baca taklim. Walau dalam serba kekurangan tapi allah swt bagi mudah untuk beribadah padaNya.
                Ada yang dia tanggung dan Allah swt zahirkan kemungkaran keluarganya depan dia…. Nak cegah dengan tangan dan lidah memang tak mampu,nak2 pada orang tuanya. Hanya dengan hati berdoa, tawajjuh merintih pada Illahi agar bagi dia kekuatan….salah satu asbab dia tekad untuk berhijrah bukan untuk lepas tangan tapi selamatkan iman….dan asbab apa yang Allah swt zahirkan depan matanya buatkan dia tak henti2 menangis depan Rabbnya…..fikir risau pada keluarga dan ummat. Sahabat……..doakan “dia” agar Allah swt kekalkan hidayah dalam dirinya,berikan taufiq dan hidayah pada seluruh ummat…..agar sahabat juga sama2 ada fikir risau…..bukan simpati…..kerana dia tidak mahu lagi kembali pada kegelapan…semoga kita mendapat taufiq dan hidayahNya.Amin,amin,amin ya Rabb….

2 comments:

  1. Semoga sentiasa mendapat perlindungan, kerahmatan, taufik, hidayat dan dijadikan juga sebagai asbab hidayat...amin--amin--ya Rabb.

    ReplyDelete
  2. SALAM...

    MUDAH- MUDAHAN ALLAH BG KEFAHAMAN KPD AHLI KELUARGA KITA YE....SY MELALUI PERKARA YG SAMA..

    ReplyDelete