Monday, June 28, 2010

Sajak Buat Bakal Suami.....

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,


tak semestinya manusia cinta kepada kita,


Tapi sekiranya,


kita cinta kepada Allah SWT,


nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.






sekiranya,


kita cinta kepada manusia,


kita akan cemburu pada orang yang mencintai


orang yang kita cintai,


Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah swt,


nescaya kita akan turut mencintai orang yang


melabuhkan cintanya kepada Allah juga.






Ya Allah,


Andainya dia adalah jodoh


yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,


Maka,


Campakkanlah ke dalam hatiku,


Cinta kepadanya adalah kerana-Mu,


Dan campakkanlah ke dalam hatinya,


Cinta kepadaku adalah kerana-Mu.






Namun,


Andainya dia bukanlah jodoh yang


ditetapkan oleh-Mu kepadaku,


Berikanlah aku kekuatan agar pasrah


dalam mengharungi ujian,


yang Kau berikan kepadaku.....





AMINAH QUTB



(Beliau merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal SYED QUTB yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya)

7 comments:

  1. salam.. besnyer sajak nie.. nice. moga jumper cinta sejati

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Nur..

    Umu doakan Nur di permudahkan urusannya ye. jangan lupa jemput tau..
    InsyaAllah.. Cinta kerana Allah itu adalah manis.. Jika segalanya kerana Allah.. Pasti bahagia dunia hingga akhirat :)

    ReplyDelete
  3. ..izin copy ya..

    dgn izin Allah rasa tenang.

    ReplyDelete
  4. jazakallahkhairan kepada semua shabat yg sentiasa mendoakan sy....janji Allah swt itu pasti dan sy memperolehnya dgn taqwa....

    ReplyDelete
  5. dijemput window shopping di blog saya

    ReplyDelete
  6. salam kunjungan...

    perkongsian bermanfaat insyaAllah...

    ReplyDelete
  7. Semoga dengan bersatunya kamu dengan suamimu nanti menjadi asbab kamu berdua ke Syurga...Insya-Allah..

    ReplyDelete